Say No To Cry
Menangis adalah something yang melegakan. But, if dah terlebih nangis itu, akan membazir masa, tenaga (penat beb menangis, dengan sedu2 lagi..haa.hingus lagi..eeww..). Bukan tak boleh menangis, boleh. Tapi, sebenarnya menangis akan membuntukan lagi fikiran kita yang tengah kusut masai macam rambut bergulung-gulung jadi benang. Kalau rasa nak ternangis tu, cepat-cepat jerit "Aku tak boooooooollllleeeehhhhh nangissssssssss!!!'.Ini if tengah sorang-sorang or dalam kereta. If tengah dalam rumah, duduk dalam bilik senang je, tekup muka korang pakai bantal, then jerit la kuat-kuat, For sure no one yang dengar.
Berfikiran positif.
Jangan asyik fikir negatif terhadap apa yang berlaku. Ingat, Tuhan kita sangat bijak. setiap sesuatu yang berlaku ke atas diri kita, there must ba a reason or reasons. Allah tak turunkan dugaan, cubaan kepada kita sesuka hati. Cuma, kita yang perlu fikir lebih sikit. Jangan malas. Dapat masalah, terus give up. Dont cha bebeh. Allah tu, Maha adil. Macam kita la kan, kita buat something, mesti ada sebab. Kita bubuh gula or coffemate dalam kopi, sebab nak jadikan kopi dalam mug kita tu rasa manis dan sedap,bukan rasa hitam legam pahit. Selain tu, Mak bapak kita juga, kadang-kadang marah kita mesti ada sebab. Takkan, kita tengah duduk syok-syok relax blogging, diorang tiba-tiba hangin satu badan. Bos kita tegur dekat ofis pun ada sebab.
Trust Yourself.
Jika kita kurang kawan kerana kera sumbang, suka hidup sorang-sorang, or memang duduk jauh di kepulauan yang jauh untuk dapatkan kawan untuk landing dekat bahu diorang waktu susah, jangan jadikan masalah. Diri kita sendiri sebenarnya mampu untuk melakukan sesuatu yang kita kadang-kadang tak pernah terfikir. Dari sinilah, bermulanya episod kematangan di dalam diri kita akan muncul membara-bara. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain untuk selesaikan masalah kita. Timeline hidup masing-masing adalah separate. Mereka juga mempunyai masalah mereka sendiri.So, janganlah depend kepada kawan-kawan.Percayalah, kerana walaupun dari dulu hingga kini, memang kita ada seorang kawan yang 'KAWAN SAMPAI MATI', at one moment, one stage, kita akan hadapi sesuatu yang kita sendiri perlu handle dan tiada sesiapa yang boleh bantu selain diri sendiri. Jadi, belajarlah untuk kuatkan diri, get yourself ready dan sentiasa tahu membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh boyfriend, girlfriend, mak, ayah, kakak angkat, jiran dan lain-lain. Ya lah, takkan one day nanti, kita jadi CEO company kita sendiri, kita punya PA ke manager ke yang nak decide, takkan?
Duduk Di Khalayak Ramai
Cuba sedaya upaya mengelakkan diri hidup terperuk di ruang kotak yang sempit dan gelap. Keluarlah. Duduk di tempat yang ramai orang. Takkan la dekat tempat orang ramai-ramai tu, kita nak menangis kan? Tak tergamak la pulak nak interframe dekat situ. Duduk dekat bangku-bangku free, relaks, pekena ice cream sikit... Lihat sekeliling. Renung kejadian Allah di sekeliling kita at that moment. Tengok gelagat manusia yang pelbagai... Fikirkanlah, betapa beruntungnya diri kita berbanding dengan orang lain. Kita masih beruntung.. Percayalah.But, janganlah pulak tengah syok-syok merenung nasib, korang pergi ingat benda-benda yang sadis yang pernah jadi pulak. Lupakan sekejap. Fokus dekat diri sendiri 100%.
Focus On Work(Kalau Takde Keje, Pretend Ada Keje)
Kalau tengah memang tak ada kerja, cari kerja. mesti ada kerja punya. Tipu kalau tak ada kerja. Kerja kita dekat dunia ni, memang tak ada penghujungnya. Kalau dekat office, dah takda kerja, buka-buka la file, buka dokumen. Kalau dah tak ada kerja sangat, pergi tolong kawan-kawan lain yang tengah ada kerja menimbun macam bukit. Tanya diorang apa yang boleh bantu. Apa sahaja yang boleh mengelakkan dari diri kita terduduk statik selama sesaat. Bahaya. Kalau dekat rumah tu, lagi la banyak kerja kan. Kemas-kemas rumah, cuci segala hape yang boleh dicuci. Susun segala barang yang boleh disusun. Masak apa yang boleh dimasak. Cat apa yang boleh dicat. Siramlah pokok bunga mak bapak kita, walaupun tak pernah pegang getah paip tu.
Beriadah
Bila kita beriadah, ianya akan merehatkan otak kita yang tengah bergumpal ni. Yang suka berjoging, kita boleh joging sekuat hati, sejauh mungkin tanpa henti. Haha. Berlari laju-laju sambil terjerit-jerit, dramatik kan? Miahaha. Selain boleh menghilangkan lemak kita yang memang berkilo-kilo kat perut, kita sekali gus dapat menghilangkan sedikt gumpalan masalah kita tadi. Then, kalau malas nak lari-lari, try la something new. Mostly dekat recreation park sekarang dah ada banyak kemudahan. Boleh cycling. Kayuh la laju-laju. Ada layang-layang. Terbangkanlah layang-layang tu tinggi-tinggi, taruk masalah korang tu, atas layang-layang, then biarkan ianya terbang jauh bersama layang-layang tu. Kalau boleh biar sampai layang-layang tu putus, baru la ada epik penghujung episod masalah kita tadi. Tak rugi pun, baru berapa ringit je kan.
Bersyukur
Istighfar.Ingat Allah.Dalam apa jua keadaan, Allah mesti berada di ranking yang terpaling teratas. Kerana apa jua yang berlaku adalah atas ketentuan Allah sendiri. Satu perkara penting yang kita perlu ingat sentiasa ialah, apa jua dugaan yang Allah berikan sebenarnya, adalah mengikut kemampuan dan keupayaan kita. Allah takkan duga kita dengan sesuatu yang kita tak mampu untuk menanggung. If one day Si Abu accident, patah kaki sebelah, cement tergantung dekat wad, Abu sebenarnya harus bersyukur kerana Allah duga dia patah sebelah kaki sahaja, kerana Allah tahu, jika Abu dipatahkan kedua-dua belah kakinya, Abu tak mampu untuk meneruskan hidup tak ada orang nak membantu keluarganya. Satu hari Allah beri dugaan, duit kita hilang RM300.00. Kita masih harus bersyukur, kerana kita masih boleh meneruskan hidup apabila hilang hanya sebahagian duit kita, tak hilang semua.
Apa yang aku boleh simpulkan disini ialah, Untuk mendapatkan sesuatu yang kita tak pernah dapat, Kita perlu rela dan berani melakukan sesuatu yang kita tak pernah buat. Percayalah. Trust yourself.
No comments:
Post a Comment