Jumaat lepas,7 May 2010 kami guru pelatih PISMP sem 5 dengan jayanya telah mengadakan karnival sukan tradisional di padang IPGKTI.bravo2.tahniah to all.actually, karnival ni merupakan salah satu kerja kursus untuk paper pendidikan jasmani dan sukan semester 5. aku telah diberi mandat untuk menjadi ketua AJK peralatan. justeru,aku kena la sediakan segala peralatan yang diperlukan.dengan bantuan ahli jawatankuasa yang berkaliber kami berjaya menyediakan segalanya.segala penat lelah,susah payah kami harungi bersama.nak carik tempurung kelapa untuk terompah tempurung,upih, tin.itu semua benar-benar mencabar tapi kami kuatkan semangat.alhamdulillah and thanx to my AJK for the cooperation.
Time karnival tu dengan rela hati aku main ketingting.supposely game ni untuk girl tapi kitaorg decide untuk boys.dia punya lawak memang x yah cite la.masing2 nak tunjuk hebat melompat-lompat.dah macam apa dah.aku pon first time main ketingting ni.susah jugak rupanya.tgk org main mcm senang je.the most difficult part nak baling batu masuk kat kotak.asyik kantoi je.frust aku.tapi takpe.yang penting strategi.dengan segala kemahiran dan taktikal yang betul,akhirnya aku berjaya mendapatkan 2 rumah dan diisytiharkan sebagai naib johan.hahahahaha!!!!macam x caya je.tapi aku really enjoy myself during this game.agak2 game ketingting ni ada kat olimpik tak?aku rasa nak wat usul la agar ketingting dipertandingkan dalam olimpik.mencabar dan menarik tu.
secara keseluruhannya,karnival sukan tradisional ni telah mengingatkan aku kepada nostalgia semasa aku masih budak2 lagi.teringat time rehat main galah panjang kat court bola tampar skolah.petang2 main konda kondi,baling tin.sedikit-sebanyak aku rasa rindu dengan kehidupan semasa kanak-kanak dahulu.
No comments:
Post a Comment