nuffnang

Sunday, April 25, 2010

Cuti umum dan hujan renyai-renyai

Pergghhhh!!!ari ni acara akhir sempena kejohanan olahraga balapan dan padang dijalankan di padang IPGKTI.kul 11 pagi je ujan mula turun.time tu aku dah mula pikir kalo takde kelas ni alangkah bestnya dapat tido.selubung dgn comforter and peluk bantal busuk yang dibuat sendiri oleh ibu(homemade tu).tgh borak2 dgn faruk and apad,tiba2 dapat msg dari mesul.'mdm anawiyah tak masuk,kelas mr lui ganti ari rabu petang'.wow!it sounds great.so,sekarang ni aku tgh pikir nak wat pe.nak tido tak bole tido lak.tu yg aku tulis blog ni.hmmmmmmmmm...............

Weekend

Weekend or in malay language is hujung minggu.inilah saat yg dinantikan oleh majoriti warga IPGKTI.majoriti balik kampung,pasangan couple plak mcm biasa la pergi dating ke mana sahaja asalkan dapat melepaskan rindu.tapi bagi aku, aku menghabiskan masa bersama rum8. sedih rasanya bila mengenangkan ini merupakan tahun terakhir abg ali di IPGKTI.next year tak tau la sapa yang akan jadi rum8 aku.perjalanan kami bermula pada malam sabtu di mana kami pergi dinner berdua(kami bukan pasangan gay ok?) di belakang CS.memang stylo tempat tu di lorong2 terdapat banyak stall didirikan.kitaorg pekena sup campur ngan nasi putih.stylo2.alhamdulillah dah kenyang.plan nak balik IPGKTI tapi mcm awal jek.so,aku bwk abg ali pusing2 kat perling sampai la kat bukit indah.sian abg ali rupa2nya dia x penah sampai lagi kat Jusco Bukit Indah ni.hehehehehehe....then,balik IPGKTI, layan facebook sampai ngantuk pastu tido.enjoy.

Ari ahad, bangun2 tido aku tgk ada cekodok pisang ngan air milo panas sebungkus kat atas meja.credit to abg ali yg memahami aku lapo.ngeh3!tengah hari kitaorg lunch kat taman cempaka ajak malek ngan lambak skali.dah lama x gi sini buat aku teringat kenangan lama.huhuhuhu..pekana ikan keli sambal ngan kerabu ulam.burp!!!!ugt nak gi memanah kat danga city mall tapi jalan jem plak.ni mesti jom heboh punya pasal.balik bilik tido lagi baik.what a wiken.aku takkan lupakan abg ali sampai bila2.thanx abg ali.the best rum8 ever.ayat pancing je ni.ngeh3!!!

Friday, April 23, 2010

kuat tido...

Kehidupanku terumbang-ambing pada minggu pertama setelah pulang dari praktikum.terasa bagai naik titanic yang dipukul ombak tsunami.rasa nak muntah pun ada.I understand it's my responsibility to do the assignments as a student.tapi masa yg diperuntukkan adalah sgt singkat dan membebankan.Alhamdulillah, finally I managed to finish all the assignments on time.

However, perasaan mengantuk,pening kepala dan tension hanya Allah dan diri ini yang tahu. Thanx to Hazwan my assignment partner yang byk memberi kata2 semangat dlm menyiapkan assignment2 tersebut. 10 stars for him.hehehe...assignment submit on thursday, then on friday kitaorg satu batch menyertai rombongan cik kiah ke Sekolah Sukan Bandar Penawar untuk belajar cara menguruskan pelajar2 di sana.

Haha!aku naik bas perang dan memang mcm nak pegi perang la.tapi kat dalam bas tu aku bantai tido je.balik semula kat kampus kat kul 6 petang, tros solat asar pastu tido lagi.tak tau la bape jam aku tido.penat giler bak kot.walhal dul dalam bas je.agaknya sbb penangan assignments tu semua kot. pape pun aku ngaku yg aku ni memang kuat tido.tak caya tanya Ali Hanfiah Hamzah, my rum8......

Thursday, April 22, 2010

dedicate to my rum8, Ali Hanafiah Hamzah for introducing this song to me



aku tgh duk bosan2 tak tau nak watpe tiba2 kat winamp kluar lagu ni. baru aku teringat rum8 aku yg introduce lagu ni kat aku.mula2 pelik gak ntah pape la lagu ni.bila aku hayati btol2,last2 minat lak kat lagu ni.thanx to my rum8.

Wednesday, April 21, 2010

2.30p.m.

I feel so tired even tak sampai seminggu pun dah start kelas semula.why? the assignments make me so tired. all of them have to submit and present this week too. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. diberi pada hari selasa dan dihantar by thursday. 2 days without enough sleep and force my effort to finish all the assignments. aku hanya mampu berserah dan buat yang terbaik. walaupun penat dan kepala agak berpusing ibarat baru pas kena 'pilot test' mcm kat asrama dulu, aku gagahkan diri jugak. tidak sabar aku menunggu detik 2.30 petang where I will present the teaching aids for english and then, BOOM! I can relax my mind and free from the assignments.

Monday, April 19, 2010

new life

Hari ni aku kembali untuk meneruskan hidup sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus Temenggong Ibrahim. seriously, it's so difference after 1 month I spent my life at SKTTA for practicum. It's kinda too weird for me to attend the assembly. apa taknya kat skola aku dapat duduk kat IPG ni kembali berdiri. sakit kaki.haha!

Kelas ari ni aku tak dapat tumpukan perhatian langsung. perasaan dan jiwaku masih tidak tenang dan bergelora. aku perlu menghadapi semua ini dgn tabah. mulakan hidup baru cikgu mus. part yang paling aku tension bila lecturer bagi assignment. dah la kena submit this thursday.aduhai.my mind and body still not ready to do all these things. please give more time please. Ya Allah, pleasa give your guidance to me so, i will be strong to accept these things.

Moga aku akan adapt with my new life as soon as possible. I know it's not easy but I've already accept this. I still have my family and all my friends. My life as a trainee teacher akan diteruskan. no doubt!

Saturday, April 17, 2010

noktah cinta

Lately, I like to hear and watch this video clip. just want to share with all the readers.

praktikum fasa 1 akhirnya tamat


Alhamdulillah setelah 4 minggu di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah (1), akhirnya praktikum fasa 1 tamat pada 16 April 2010.banyak ilmu yg telah aku pelajari selama 4 minggu di sini. terdapat juga banyak kenangan manis dan pahit semasa di sekolah ini. aku takkan lupakan segala memori di sekolah ini. akan ku jadikan pengalaman ini sebagai momentum untukku menjadi seorang guru pendidik anak bangsa di masa depan. sesungguhnya aku akan merindui guru-guru dan juga pelajar-pelajar di sekolah ini. semoga kita berjumpa lagi warga SKTTA(1) di masa akan datang.

Friday, April 16, 2010

why mustafaballerz?

Praktikum Fasa 1 - episod 2

tiba2 mood aku nak tulis episod 2 ni datang.so, aku pon tak nak la buang masa. minggu 2 ni aku dah boleh adapt myself in SKTTA (1). masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemboo. dah2 aku dah mula merepek ni. minggu 2 ni kitaorg dah start datang skola lmbt sket. kalo x, before kul 7 dah terpacak kat pejabat sign attendance tapi minggu 2 ni paling awal pon 7.05 pagi.huhu... kalo ikut takwim skola2 zon skudai, minggu ni ada pertandingan bola tampar n takraw peringkat zon. ari isnin pas assembly, aku pon teros layankan budak2 takraw n bola tampar. even pakai kemeja, sluar slack n kasut itam aku bantai je.yg penting enjoy.

pertandingan bola tampar ari selasa. pagi tu mesul kena observe dengan mr lui. yg paling klakar abis pucat lesi muka dia time nak kena observe. apa taknya, kul 7.30 mr lui dah terpacak kat pejabat. so, aku dengan wan tolong dia potong flash cards sambil mesul pancing mr lui bincang kat tempat lain. petang tu pas abis skola, kitaorg pon teros gi sjkc kok kuong (1).sekolah ni merupakan tunas harapan untuk bola tampar.so, kalo setakat servis ala spike tu tadahal punya la. kagum aku tgk budak2 pempuan kok kuang ni.rilex je main.mcm takde challenger lak. skola aku 1st game dah jumpa kok kuong.seperti yg dijangka kitaorg kalah straight set tapi aku bangga coz kitaorg melepasi sasaran iaitu memungut mata lebih dari 5. pastu kitaorg tros balik coz mesul ada job.

takraw lak ari rabu. yg paling best, player takraw juga merupakan player bola tampar. bola tampar lak dapat masuk quarter lawan ari ni jugak. so, terpaksa la ustaz melepaskan player harapan skola ni dan memberi ruang kepada barisan simpanan. kitaorg pulak ikut team takraw. siap wat t-shirt team haa....gempak abis untuk saiko pihak lawan. kitaorg berkampung kat dewan skola tampoi utama ni sampai kul 6 petang. alhamdulillah sktta(1) mendapat naib johan. tak sia2 aku bersorak sampai abis suara dan melompat2 kegirangan everytime kitaorg menang. pedulik apa yg penting aku puas.haha!

actually, pagi rabu tu merupakan 1st observation aku dengan pn azyan.tu yg time takraw aku giler sket.lepaskan tension.haha! alhamdulillah untuk 1st observe. aku berpuas hati walaupun ada byk kekurangan. pn azyan memberi banyak input2 serta cdgn yg boleh aku gunakan untuk memperbaiki segala kelemahan. aku berazam untuk buat yg lebih baik selepas ini terutamanya semasa penyeliaan bersama.

banyak aktiviti yg aku lalui semasa minggu 2 berpraktikum ni. petang jumaat aku pegi skola training budak bola baling dalam lumpur. balik je mktab, aku dah kena tinggal dengan budak2 ni. nasib baik la ada lip yg sudi teman aku pegi makan.okies.roger n out.aku sambung lain kali.

Thursday, April 15, 2010

Praktikum Fasa 1 - episod 1

1st day aku masuk 4 Pahlawan ari rabu.before that aku dah jumpa cikgu maarof and after discussed together, he asked me to teach money. so, aku pun menerimanya dengan willing. 1st time masuk class ni memang aku takde mood langsung nak ngajar so, aku pon berkenalan la dengan budak2 4 pahlawan ni. 1st time masuk kena la garang sket. baru la budak2 respect dengan aku. aku ni dah la x pandai berlakon tapi wat2 la pandai berlakon. pas berkenalan, aku bagi diaorg short test nak uji tahap diaorg.

malang untuk aku kerana tak dapat masuk kelas 5 perwira this week coz ada pertandingan sempena bulan anti-dadah. memang sempoi la budak2 skola ni. yg paling aku impressed, there's 1 boy, year 1 masuk bertanding. dia baca sajak in english. memang fluent giler beb english dia. terasa bagai langit dengan bumi. haha!!! time pertandingan ni, aku blaja amik gmbr dengan cikgu khairul guna dslr dia. esoknya tgk kat blog dia, byk giler gmbr yg aku amek tu kena comment. tapi aku rasa aku mula suka plak amek gmbr ni.tapi x mampu lak nak beli dslr sendiri. fon pon cikai je. nanti la tggu ada duit lebih sket aku nak beli kamera.huhu...

ari sabtu pon pegi skola gak.itulah tugas seorang guru bila ada koko. aku ajar budak main bola tampar, wan ajar bola, mesul ajar takraw. tapi aku ajar budak bola tampar tu kejap je. pastu aku pegi stor sukan, layan main ping pong dengan cikgu azim. memang gerko btol aku pagi tu. especially bila ustaz dgn mesul join skali. mcm2 skill kluar. smash terbang la, placing la. paling best skill cikgu azim la.admire giler aku. pas main ping pong, kitaorg friendly lak dgn budak takraw yg nak gi bertanding peringkat zon. aku team ngan ustaz n mesul.to be truth, aku ni kaki bangku main takraw.tapi layan je la. ustaz tanpa segan silu wat servis kuda dia. nasib baik tak koyak sluar ha. abis je bersukan, kitaorg handle pengakap lak. memang sempoi. aku, wan n mesul pegi wat tarian mowgli kat kelas pengakap tu. budak2 semua enjoy sama. abis kitaorg tawaf satu kelas tu.dengan geleknya lagi. nasib baik tak tawaf satu skolah. kalo tak, tak tau la apa jadik. cikgu khairul sempat rakam aksi kitaorg bergelek dengan budak2 pengakap tapi mana ntah videonya?dia wat collection kat ppd kot.huhu...

ok la.nanti aku sambung lagi untuk episod 2..see u then..

Wednesday, April 14, 2010

Praktikum Fasa 1 - episod pengenalan


Gambar ni aku rembat kat web skolah aku. thanx cikgu khairul. hehe...trademark tu kasik halal la.gambar ni sebenarnya merupakan gambar masa 1st day aku menjalani praktikum fasa 1 di SK Taman Tun Aminah (1). Before start praktikum, aku selalu bertanya pada diri aku sendiri. Betul ke aku nak jadi cikgu ni? macam x caya lak. even dah 4 kali menjalani Program Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah yang berlainan, tapi perasaan tu tak sama dengan praktikum. Bohong la kalo aku cakap aku tak nervous. dah la aku jadik ketua kumpulan. lupa plak, praktikum fasa 1 ni aku bersama dengan 2 org rakan iaitu mesul a.k.a cikgu shamsul dan wan a.k.a cikgu hazwan. 1st day guru besar takde so, kitaorg lapor diri kat GPK 1. sebab ada perhimpunan pagi, GPK 1 suruh pegi perhimpunan pagi dulu. time jalan tu, wan tegur, "mus, ko nervous ke?rilex la.praktikum je pon" haha!!aku pon x caya aku nervous sampai mcm tu sekali. abis menggeletar suara aku time lapor diri ngan GPK 1 tu. bincang punya bincang dengan GPK 1 and Ketua Panitia Maths, Pn Hamijah, akhirnya aku dapat 2 kelas iaitu 4 Pahlawan dan 5 Perwira. kitaorg start ngajar ari rabu. so, 2 ari iaitu isnin n selasa sempat la kitaorg carik angin kat skola tu dulu. even cikgu lagi ada sket je, tapi kitaorg enjoy. banyak pengalaman manis and pahit yg aku lalui semasa praktikum ni. akan ku sambung di episod seterusnya...

Monday, April 5, 2010

PISMP


PISMP(Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan), itulah program yg telah Kementerian Pelajaran serapkan setelah aku gagal dalam Program Pelajar Cemerlang tu. kalo nak cakap kena buang mcm kasar lak tapi dalam surat yg aku dapat ckp 'you're being terminated' sama je la kan dgn kena buang. sedih2. tapi nak wat mcm mana.dah kementerian tak nak lepaskan.parents aku cakap ada hikmahnya tu long. huhu...bersyukur aku dapat parents yg caring. diaorg tak marah pun even aku x lepas coz aku dah penah ckp awl2 kat diaorg further maths memang sgt susah.kalo bole diundur masa, memang aku akan amek back up subjek and just blaja je further maths tu mcm raf wat.

PISMP ni program selama 5 tahun setengah tapi sebab aku ni special case ala2 special force la so, aku x yah la wat foundation setahun setengah tu. terus je masuk degree. hasilnya, aku bertemu dengan classmates baru dan rakan2 baru. PISMP Matematik atau lebih dikenali sebagai bacarian terdiri daripada 12 guys and 10 girls so pas aku masuk, guys jadik la 13. girls pun menjadi rambang mata untuk memilih guys sebagai future husband diaorg. tu pon kalo guys sudi la.haha!!!for me, class ni memang sgt enjoy and very attractive. mcm2 perangai ada. kelas aku ni jugak dgn pelbagai rekod dalam institut. raja job ada, raja krek ada, raja mc ada, ydp jpp ada, exco2 jpp ada, exco2 surau pun ramai. aku???aku mcm biasa la still low profile.anyway, there are 3 sems more to go and after that kita semua akan berposting sama2 bacarians. so, let's enjoy time yg tinggal ni bersama2..

Friday, April 2, 2010

Program Pelajar Cemerlang


Program Pelajar Cemerlang atau short formnya ialah PPC.di sinilah aku mula menceburkan diri dalam kos perguruan.tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak nampak di mana-mana.hehe.. tu lah ungkapan yg terlintas dlm fikiran aku bila dah masuk matrik,tiba2 aku dpt call dari Kementerian Pelajaran yg aku ditawarkan dalam program ni. foundation 2 tahun di Kolej Yayasan UEM dan kemudian 3 tahun degree di United Kingdom selama 3 tahun diikuti dgn KPLI selama setahun di Institut Perguruan. setelah menerima nasihat dari ahli keluarga,aku pun menerima tawaran ini. kursus yg telah ditawarkan pada aku ialah BSc Hons Mathematics. Terdapat banyak kisah manis dan pahit selama aku di KYUEM. thanks to all my friends. I really enjoy myself during my two years there. tapi aku menerima result final exam aku dgn redha.even pada mulanya agak sukar dan pedih kerana aku hanya mendapat 9/15 points. aku telah mendapat 2 tawaran dari universiti iaitu University of Kent and University of Swansea. tapi nak wat mcm mana. Kementerian tidak melepaskan untuk aku melanjutkan pelajaran ke sana. time tu memang sangat sedih dan sakit hati ini. tapi sapa suruh aku main2 time wat foundation tu. nak menyesal pun dah terlambat. slowly, i can accept this thing. finally, on January 2008, I entered Institut Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru to further my studies as a teacher trainee. it is not PPC anymore but it is PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan). I'll be here for 4 years and pejam celik, pejam celik dah 3 tahun aku kat sini. aku semakin dapat rasakan jiwa dan ragaku semakin sebati untuk bergelar sebagai seorang guru.

Thursday, April 1, 2010

Teacher

Hari ni aku nak story pasal macam mana aku boleh terjebak dengan perguruan ni. to be truth, tak p[ernah terlintas pun dalam kepala otak aku ni nak jadi cikgu since primary school. time kat secondary school lagi la, nak jadi engineer la, doktor la, ahli farmasi la. budak sekolah sains la katakan.haha!tapi tu semua cerita zaman sekolah je. bila result spm kuar, mcm2 la aku mohon. engineering(utp), farmasi(jpa ngan upu), matrikulasi dan macam2 lagi la. pastu ayah and ibu aku yg merupakan warga pendidik menyarankan aku untuk memohon perguruan. aku pun ok je la coz nak jaga hati diaorg tapi pastu sijil2 semua kat tak pos kat kementerian pelajaran. alhamdulillah semua aku dapat pegi interview termasuk kos perguruan yg aku tak antar sijil ni.yg paling musykil skali, perguruan yg aku pegi interview ni untuk program pelajar cemerlang.walhal aku tak cemerlang pun.inilah mukadimah 1st step aku boleh terlibat dgn kancah perguruan ni.ada kelapangan, aku sambung lagi la.ngantuk plak dah.

Kehidupanku

Akhirnya mindaku telah terbuka to create a blog. I don't know what to write in this blog. This is my first entry. Every day I will read someone's blog and I can feel the excitement and enjoyment. Hopefully, the viewers also feel the same too when reading my blog. This blog is about my life. I want to share what I've get through in my life. Enjoy!