nuffnang

Sunday, June 6, 2010

Hatiku tersentuh

As usual,during wiken kalo kat uma ni, aku akan breakfast sama2 dgn family.sambil breakfast tu,baca la newspaper.ayah awal2 lagi dah amek part mingguan,ibu lak dah amek part kesihatan.so, terpaksa la aku amek part pancaindera.actually,aku tak suka amek tau pasal gosip2 or kontroversi2 artis2 ni.tapi nak wat mcm mana.dah part tu je yg tinggal.selak punya selak,aku terbaca satu header "Kalau kita rasa diri kita susah ada orang lain yang lagi susah".lantas hati aku rasa tertarik dan mulut aku tros stop makan bihun goreng dgn keropok.hehehe...rencana ni ditulis oleh Jehan Miskin.sapa bilang artis tak pandai berkarya?just tau berlakon and menyanyi je.abes je baca rencana ni,aku terpikir something.sepanjang 22 tahun 10 bulan aku hidup kat dunia ni, bila aku hadapi kesusahan je aku tak penah pikir pasal orang lain.aku pentingkan diri sendiri.pikir mcm mana nak selesaikan masalah sendiri je. kat dunia ni, terdapat banyak manusia dan setiap manusia tu nasibnya tak sama.ada yang kaya,ada yang miskin,ada yang cukup sifatnya,ada yang cacat, ada yang baik, ada yang jahat dan mcm2 la.korang pon tau. aku pon tros terfikir pasal saudara2 Islam di Palestin sana.aku kat sini hidup aman damai,makan cukup,tido cukup, selesa, tapi diaorg kat sana, astaghfirullah, subhanallah. marilah, kita bersama-sama berdoa agar saudara2 kita Palestin sana diberikan kekuatan,ketabahan dan pertolongan untuk menghadapi dugaan ini.aku takkan lupa kata2 ini seumur hidupku, kalau kita rasa diri kita susah ada orang lain yang lagi susah.

Senyum Ragamu - Gerhana Ska Cinta Feat Radhi (HD/Karaoke/HiFiDualAudio)

Wednesday, June 2, 2010

Rumah Manis Rumah (Home Sweet Home)

akhirnya,cuti semester pon dah datang.ni pun dah hari ketiga aku kat uma.time before cuti,rasa tak sabar je nak cuti.plan nak tido puas2 kat uma.rehat puas2 kat uma.pegi jalan2 ke.masa tu angan2 semuanya indah je.rasa tenang je.bila dah start cuti,dah balik uma dah pon,dah hari ketiga dah pon,aku dah mula rasa bosan.yang paling bestnya,cuti semester kali ni aku jadik anak tunggal.adik2 aku semua dah sambung blaja.cuti kitaorg berbeza.tapi cuti kali ni aku amek inisiatif dgn memasak lunch sendiri.korang jgn tak caya lak.sepanjang 1st week cuti ni, aku berjaya masak nasi, telur dadar, sotong masak kicap,sayur sawi goreng,kailan goreng, kobis goreng, ikan pari bakar dan nasi goreng.aku berazam,2nd week ni ibu dah start cuti so, aku nak menambahkan ilmu masakan dalam diri aku ni.hehehehehe...part yg paling best,everyday ibu ngan ayah balik skola diaorg happy je tgk dah ada lauk kat bawah tudung saji tu.ibu lak tak de la nak paksa2 badan yg penat tu nak masak lunch.syukur alhamdulillah...lain kali aku story lagi la..aku nak tido dah ni....adios!!!

Thursday, May 20, 2010

Runsing..

Life is not complete without a problem.satu pembohongan yang sangat besar kalo ada manusia yang cakap hidup dia perfect tanpa sebarang masalah.masalah yang datang ni kadang-kadang senang je untuk disettlekan tapi ada masalah tu amek masa yang sangat lama untuk disettlekan.yang paling best sekarang ni tgh time exam lak.aduhai....serabut kepala otak aku.alhamdulillah ada rum8 aku,ali yang memahami jiwa dan raga aku ni.dia suro aku relax and cool.enjoy your life.aku try untuk lupakan masalah-masalah ni untuk sementara waktu.tolak tepi jauh-jauh,tarik buku dekat-dekat.tapi ramai yang cakap sukar dan susah untuk lari dari masalah ni.ke mana je kita pergi,masalah ni akan ikut je.itulah yang berlaku time exam EDU3106 petang tadi.bangun tido je pagi tadi,en masalah ni mula menyeru nama aku.arrggghhhh!!!!!!damn!!!aku nak exam kot.cuba la pegi jauh2..sampai time exam tadi dia ikot gak.aku cuba tenangkan fikiran,jawab sedaya yang boleh.abes je exam,aku pegi bantai joging maktab 2 round setengah.konon-kononnya nak release tension la.hahaha!!!oh en masalah,tolonglah jangan kacau aku untuk sementara waktu.aku ada 4 paper next week.pas abes exam,ko nak kacau aku 24 jam pon takpe.tolonglah ye encik masalah.bagi kerjasama sikit.

Saturday, May 15, 2010

Dulang

Dulang selalu digunakan untuk mengangkat cawan serta mangkuk yang berisi makanan serta minuman. Pagi tadi aku baca majalah APO. baru aku tau dulang ni rupanya ada kegunaan lain jugak.so,let's check it out:

1. Boleh dijadikan sebagai cermin untuk menatarias diri korang kalau-kalau korang tak
jumpa cermin dalam rumah.

2. Bertindak sebagai perisai yang menghalang pinggan serta cawan yang dibaling oleh
bini daripada terkena kepala bila dia dapat tahu korang ngedet awek lain.

3. Sesuai dijadikan sebagai papan luncur di laut untuk mendapatkan kelainan yang
maksimum gila beruk punya.

4. Mampu menjadi pengganti kepada payung sekiranya korang ditimpa hujan lebat mahupun
hujan air liur bini korang yang sedang membebel.

5. Boleh juga dijadikan sebagai kipas pengantin sekiranya terdesak. Kalau pengantin
banyak sangat songeh, hempuk je dengan dulang tersebut.

Thursday, May 13, 2010

Suara ku berharap....



aku suka lagi ni...dah la luna maya tu cun dan comel...i love you luna maya...haha!!!

Wednesday, May 12, 2010

operasi mengemas bilik

Pagi ni bangun tido je aku rasa berat sgt kepala ni.takkan nak demam kot.tapi memang dah 2 hari aku tak turun padang.tu yang rasa lain macam je badan ni.pastu aku tgk bilik aku ni bersepah je.ni btol ke bilik aku ni?bukan stor ke?hahahaha!!!last2 aku pun decide nak kemas bilik.rum8 aku pon dah bangun so,kitaorg pon memulakan kerja-kerja pembersihan. bilik kitaorg ni sesungguhnya memang dipenuhi dgn pelbagai khazanah dan warisan sejak turun-temurun.agak pening gak la pikir mana nak simpan barang-barang ni semua. last2 kitaorg susun je la kat rak ni.nampak kemas sket.dah siap susun,aku lap meja and terus sapu lantai.habuk tak yah cite la.ni la kelemahan duk aras bawah skali.bilik dah la ujung skali.habuk dia mengalahkan gula dalam bekas la.rum8 aku lak mop lantai pas aku siap sapu.settle je semua,kitaorg terus melepak.penat-penat.tapi hasilnya cukup membanggakan dan menyelesakan.so, kepada para pengunjung bilik kami pasni jgn terkejut tgk bilik kitaorg dah berubah wajah.hehehe...adios...

Monday, May 10, 2010

ketingting

Jumaat lepas,7 May 2010 kami guru pelatih PISMP sem 5 dengan jayanya telah mengadakan karnival sukan tradisional di padang IPGKTI.bravo2.tahniah to all.actually, karnival ni merupakan salah satu kerja kursus untuk paper pendidikan jasmani dan sukan semester 5. aku telah diberi mandat untuk menjadi ketua AJK peralatan. justeru,aku kena la sediakan segala peralatan yang diperlukan.dengan bantuan ahli jawatankuasa yang berkaliber kami berjaya menyediakan segalanya.segala penat lelah,susah payah kami harungi bersama.nak carik tempurung kelapa untuk terompah tempurung,upih, tin.itu semua benar-benar mencabar tapi kami kuatkan semangat.alhamdulillah and thanx to my AJK for the cooperation.

Time karnival tu dengan rela hati aku main ketingting.supposely game ni untuk girl tapi kitaorg decide untuk boys.dia punya lawak memang x yah cite la.masing2 nak tunjuk hebat melompat-lompat.dah macam apa dah.aku pon first time main ketingting ni.susah jugak rupanya.tgk org main mcm senang je.the most difficult part nak baling batu masuk kat kotak.asyik kantoi je.frust aku.tapi takpe.yang penting strategi.dengan segala kemahiran dan taktikal yang betul,akhirnya aku berjaya mendapatkan 2 rumah dan diisytiharkan sebagai naib johan.hahahahaha!!!!macam x caya je.tapi aku really enjoy myself during this game.agak2 game ketingting ni ada kat olimpik tak?aku rasa nak wat usul la agar ketingting dipertandingkan dalam olimpik.mencabar dan menarik tu.

secara keseluruhannya,karnival sukan tradisional ni telah mengingatkan aku kepada nostalgia semasa aku masih budak2 lagi.teringat time rehat main galah panjang kat court bola tampar skolah.petang2 main konda kondi,baling tin.sedikit-sebanyak aku rasa rindu dengan kehidupan semasa kanak-kanak dahulu.

Saturday, May 1, 2010

lautan manusia...

Today, 1 Mei 2010.cuti hari pekerja.semua org seronok bila cuti.aku pun seronok gak.tapi masalahnya aku tak tau nak watpe.pagi2 lagi kul 630 aku dah bangun.pas solat subuh,pegi joging dgn YDP kita,sapa lagi kalo bukan saudara malek atau aku panggil dia ucu.hehehehe...pastu kitaorg bantai borak dgn En. Sham kat jbtn PJ.sejam gak la lepak.balik bilik mandi2,tros gi breakfast.ari ni breakfast tak nak kalah.aku amek nasik goreng ngan daging rendang ditambah lagi dgn teh o ais.mengancam.bila dah balik bilik,aku pon tros blur.mula la merawang.rum8 aku lak ilang.ntah pegi mana ntah.aku main game,bosan aku layan movie kung fu dunk pastu aku pun tido.hobi paling best tu. pas zohor,aku dgn 2 org lagi rakan iaitu malek dan apong pegi CS.plan nak tgk iron man 2 tapi tak jadik kenyataan.

Lautan manusia kat CS tu punya la ramai.sampai ke belakang, ke tepi org nak beli tiket kat wayang tu.memg takde chance langsung la.lupakan hasrat dan cari la idea baru.maka kami pegi ke Popular bookstore.malek nak beli buku.pastu kitaorg pegi melantak takoyaki ngan cool blog.lepak kat tepi tgk lautan manusia.memang ramai giler.actually,aku x selesa kalo ramai2 sgt ni.pening kepala.rasa nak muntah pun ada.agak2 dah boring kitaorg pon balik la.malam ni tak tau la nak watpe.

Sunday, April 25, 2010

Cuti umum dan hujan renyai-renyai

Pergghhhh!!!ari ni acara akhir sempena kejohanan olahraga balapan dan padang dijalankan di padang IPGKTI.kul 11 pagi je ujan mula turun.time tu aku dah mula pikir kalo takde kelas ni alangkah bestnya dapat tido.selubung dgn comforter and peluk bantal busuk yang dibuat sendiri oleh ibu(homemade tu).tgh borak2 dgn faruk and apad,tiba2 dapat msg dari mesul.'mdm anawiyah tak masuk,kelas mr lui ganti ari rabu petang'.wow!it sounds great.so,sekarang ni aku tgh pikir nak wat pe.nak tido tak bole tido lak.tu yg aku tulis blog ni.hmmmmmmmmm...............

Weekend

Weekend or in malay language is hujung minggu.inilah saat yg dinantikan oleh majoriti warga IPGKTI.majoriti balik kampung,pasangan couple plak mcm biasa la pergi dating ke mana sahaja asalkan dapat melepaskan rindu.tapi bagi aku, aku menghabiskan masa bersama rum8. sedih rasanya bila mengenangkan ini merupakan tahun terakhir abg ali di IPGKTI.next year tak tau la sapa yang akan jadi rum8 aku.perjalanan kami bermula pada malam sabtu di mana kami pergi dinner berdua(kami bukan pasangan gay ok?) di belakang CS.memang stylo tempat tu di lorong2 terdapat banyak stall didirikan.kitaorg pekena sup campur ngan nasi putih.stylo2.alhamdulillah dah kenyang.plan nak balik IPGKTI tapi mcm awal jek.so,aku bwk abg ali pusing2 kat perling sampai la kat bukit indah.sian abg ali rupa2nya dia x penah sampai lagi kat Jusco Bukit Indah ni.hehehehehehe....then,balik IPGKTI, layan facebook sampai ngantuk pastu tido.enjoy.

Ari ahad, bangun2 tido aku tgk ada cekodok pisang ngan air milo panas sebungkus kat atas meja.credit to abg ali yg memahami aku lapo.ngeh3!tengah hari kitaorg lunch kat taman cempaka ajak malek ngan lambak skali.dah lama x gi sini buat aku teringat kenangan lama.huhuhuhu..pekana ikan keli sambal ngan kerabu ulam.burp!!!!ugt nak gi memanah kat danga city mall tapi jalan jem plak.ni mesti jom heboh punya pasal.balik bilik tido lagi baik.what a wiken.aku takkan lupakan abg ali sampai bila2.thanx abg ali.the best rum8 ever.ayat pancing je ni.ngeh3!!!

Friday, April 23, 2010

kuat tido...

Kehidupanku terumbang-ambing pada minggu pertama setelah pulang dari praktikum.terasa bagai naik titanic yang dipukul ombak tsunami.rasa nak muntah pun ada.I understand it's my responsibility to do the assignments as a student.tapi masa yg diperuntukkan adalah sgt singkat dan membebankan.Alhamdulillah, finally I managed to finish all the assignments on time.

However, perasaan mengantuk,pening kepala dan tension hanya Allah dan diri ini yang tahu. Thanx to Hazwan my assignment partner yang byk memberi kata2 semangat dlm menyiapkan assignment2 tersebut. 10 stars for him.hehehe...assignment submit on thursday, then on friday kitaorg satu batch menyertai rombongan cik kiah ke Sekolah Sukan Bandar Penawar untuk belajar cara menguruskan pelajar2 di sana.

Haha!aku naik bas perang dan memang mcm nak pegi perang la.tapi kat dalam bas tu aku bantai tido je.balik semula kat kampus kat kul 6 petang, tros solat asar pastu tido lagi.tak tau la bape jam aku tido.penat giler bak kot.walhal dul dalam bas je.agaknya sbb penangan assignments tu semua kot. pape pun aku ngaku yg aku ni memang kuat tido.tak caya tanya Ali Hanfiah Hamzah, my rum8......

Thursday, April 22, 2010

dedicate to my rum8, Ali Hanafiah Hamzah for introducing this song to me



aku tgh duk bosan2 tak tau nak watpe tiba2 kat winamp kluar lagu ni. baru aku teringat rum8 aku yg introduce lagu ni kat aku.mula2 pelik gak ntah pape la lagu ni.bila aku hayati btol2,last2 minat lak kat lagu ni.thanx to my rum8.

Wednesday, April 21, 2010

2.30p.m.

I feel so tired even tak sampai seminggu pun dah start kelas semula.why? the assignments make me so tired. all of them have to submit and present this week too. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. diberi pada hari selasa dan dihantar by thursday. 2 days without enough sleep and force my effort to finish all the assignments. aku hanya mampu berserah dan buat yang terbaik. walaupun penat dan kepala agak berpusing ibarat baru pas kena 'pilot test' mcm kat asrama dulu, aku gagahkan diri jugak. tidak sabar aku menunggu detik 2.30 petang where I will present the teaching aids for english and then, BOOM! I can relax my mind and free from the assignments.

Monday, April 19, 2010

new life

Hari ni aku kembali untuk meneruskan hidup sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus Temenggong Ibrahim. seriously, it's so difference after 1 month I spent my life at SKTTA for practicum. It's kinda too weird for me to attend the assembly. apa taknya kat skola aku dapat duduk kat IPG ni kembali berdiri. sakit kaki.haha!

Kelas ari ni aku tak dapat tumpukan perhatian langsung. perasaan dan jiwaku masih tidak tenang dan bergelora. aku perlu menghadapi semua ini dgn tabah. mulakan hidup baru cikgu mus. part yang paling aku tension bila lecturer bagi assignment. dah la kena submit this thursday.aduhai.my mind and body still not ready to do all these things. please give more time please. Ya Allah, pleasa give your guidance to me so, i will be strong to accept these things.

Moga aku akan adapt with my new life as soon as possible. I know it's not easy but I've already accept this. I still have my family and all my friends. My life as a trainee teacher akan diteruskan. no doubt!

Saturday, April 17, 2010

noktah cinta

Lately, I like to hear and watch this video clip. just want to share with all the readers.

praktikum fasa 1 akhirnya tamat


Alhamdulillah setelah 4 minggu di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah (1), akhirnya praktikum fasa 1 tamat pada 16 April 2010.banyak ilmu yg telah aku pelajari selama 4 minggu di sini. terdapat juga banyak kenangan manis dan pahit semasa di sekolah ini. aku takkan lupakan segala memori di sekolah ini. akan ku jadikan pengalaman ini sebagai momentum untukku menjadi seorang guru pendidik anak bangsa di masa depan. sesungguhnya aku akan merindui guru-guru dan juga pelajar-pelajar di sekolah ini. semoga kita berjumpa lagi warga SKTTA(1) di masa akan datang.

Friday, April 16, 2010

why mustafaballerz?

Praktikum Fasa 1 - episod 2

tiba2 mood aku nak tulis episod 2 ni datang.so, aku pon tak nak la buang masa. minggu 2 ni aku dah boleh adapt myself in SKTTA (1). masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemboo. dah2 aku dah mula merepek ni. minggu 2 ni kitaorg dah start datang skola lmbt sket. kalo x, before kul 7 dah terpacak kat pejabat sign attendance tapi minggu 2 ni paling awal pon 7.05 pagi.huhu... kalo ikut takwim skola2 zon skudai, minggu ni ada pertandingan bola tampar n takraw peringkat zon. ari isnin pas assembly, aku pon teros layankan budak2 takraw n bola tampar. even pakai kemeja, sluar slack n kasut itam aku bantai je.yg penting enjoy.

pertandingan bola tampar ari selasa. pagi tu mesul kena observe dengan mr lui. yg paling klakar abis pucat lesi muka dia time nak kena observe. apa taknya, kul 7.30 mr lui dah terpacak kat pejabat. so, aku dengan wan tolong dia potong flash cards sambil mesul pancing mr lui bincang kat tempat lain. petang tu pas abis skola, kitaorg pon teros gi sjkc kok kuong (1).sekolah ni merupakan tunas harapan untuk bola tampar.so, kalo setakat servis ala spike tu tadahal punya la. kagum aku tgk budak2 pempuan kok kuang ni.rilex je main.mcm takde challenger lak. skola aku 1st game dah jumpa kok kuong.seperti yg dijangka kitaorg kalah straight set tapi aku bangga coz kitaorg melepasi sasaran iaitu memungut mata lebih dari 5. pastu kitaorg tros balik coz mesul ada job.

takraw lak ari rabu. yg paling best, player takraw juga merupakan player bola tampar. bola tampar lak dapat masuk quarter lawan ari ni jugak. so, terpaksa la ustaz melepaskan player harapan skola ni dan memberi ruang kepada barisan simpanan. kitaorg pulak ikut team takraw. siap wat t-shirt team haa....gempak abis untuk saiko pihak lawan. kitaorg berkampung kat dewan skola tampoi utama ni sampai kul 6 petang. alhamdulillah sktta(1) mendapat naib johan. tak sia2 aku bersorak sampai abis suara dan melompat2 kegirangan everytime kitaorg menang. pedulik apa yg penting aku puas.haha!

actually, pagi rabu tu merupakan 1st observation aku dengan pn azyan.tu yg time takraw aku giler sket.lepaskan tension.haha! alhamdulillah untuk 1st observe. aku berpuas hati walaupun ada byk kekurangan. pn azyan memberi banyak input2 serta cdgn yg boleh aku gunakan untuk memperbaiki segala kelemahan. aku berazam untuk buat yg lebih baik selepas ini terutamanya semasa penyeliaan bersama.

banyak aktiviti yg aku lalui semasa minggu 2 berpraktikum ni. petang jumaat aku pegi skola training budak bola baling dalam lumpur. balik je mktab, aku dah kena tinggal dengan budak2 ni. nasib baik la ada lip yg sudi teman aku pegi makan.okies.roger n out.aku sambung lain kali.

Thursday, April 15, 2010

Praktikum Fasa 1 - episod 1

1st day aku masuk 4 Pahlawan ari rabu.before that aku dah jumpa cikgu maarof and after discussed together, he asked me to teach money. so, aku pun menerimanya dengan willing. 1st time masuk class ni memang aku takde mood langsung nak ngajar so, aku pon berkenalan la dengan budak2 4 pahlawan ni. 1st time masuk kena la garang sket. baru la budak2 respect dengan aku. aku ni dah la x pandai berlakon tapi wat2 la pandai berlakon. pas berkenalan, aku bagi diaorg short test nak uji tahap diaorg.

malang untuk aku kerana tak dapat masuk kelas 5 perwira this week coz ada pertandingan sempena bulan anti-dadah. memang sempoi la budak2 skola ni. yg paling aku impressed, there's 1 boy, year 1 masuk bertanding. dia baca sajak in english. memang fluent giler beb english dia. terasa bagai langit dengan bumi. haha!!! time pertandingan ni, aku blaja amik gmbr dengan cikgu khairul guna dslr dia. esoknya tgk kat blog dia, byk giler gmbr yg aku amek tu kena comment. tapi aku rasa aku mula suka plak amek gmbr ni.tapi x mampu lak nak beli dslr sendiri. fon pon cikai je. nanti la tggu ada duit lebih sket aku nak beli kamera.huhu...

ari sabtu pon pegi skola gak.itulah tugas seorang guru bila ada koko. aku ajar budak main bola tampar, wan ajar bola, mesul ajar takraw. tapi aku ajar budak bola tampar tu kejap je. pastu aku pegi stor sukan, layan main ping pong dengan cikgu azim. memang gerko btol aku pagi tu. especially bila ustaz dgn mesul join skali. mcm2 skill kluar. smash terbang la, placing la. paling best skill cikgu azim la.admire giler aku. pas main ping pong, kitaorg friendly lak dgn budak takraw yg nak gi bertanding peringkat zon. aku team ngan ustaz n mesul.to be truth, aku ni kaki bangku main takraw.tapi layan je la. ustaz tanpa segan silu wat servis kuda dia. nasib baik tak koyak sluar ha. abis je bersukan, kitaorg handle pengakap lak. memang sempoi. aku, wan n mesul pegi wat tarian mowgli kat kelas pengakap tu. budak2 semua enjoy sama. abis kitaorg tawaf satu kelas tu.dengan geleknya lagi. nasib baik tak tawaf satu skolah. kalo tak, tak tau la apa jadik. cikgu khairul sempat rakam aksi kitaorg bergelek dengan budak2 pengakap tapi mana ntah videonya?dia wat collection kat ppd kot.huhu...

ok la.nanti aku sambung lagi untuk episod 2..see u then..

Wednesday, April 14, 2010

Praktikum Fasa 1 - episod pengenalan


Gambar ni aku rembat kat web skolah aku. thanx cikgu khairul. hehe...trademark tu kasik halal la.gambar ni sebenarnya merupakan gambar masa 1st day aku menjalani praktikum fasa 1 di SK Taman Tun Aminah (1). Before start praktikum, aku selalu bertanya pada diri aku sendiri. Betul ke aku nak jadi cikgu ni? macam x caya lak. even dah 4 kali menjalani Program Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah yang berlainan, tapi perasaan tu tak sama dengan praktikum. Bohong la kalo aku cakap aku tak nervous. dah la aku jadik ketua kumpulan. lupa plak, praktikum fasa 1 ni aku bersama dengan 2 org rakan iaitu mesul a.k.a cikgu shamsul dan wan a.k.a cikgu hazwan. 1st day guru besar takde so, kitaorg lapor diri kat GPK 1. sebab ada perhimpunan pagi, GPK 1 suruh pegi perhimpunan pagi dulu. time jalan tu, wan tegur, "mus, ko nervous ke?rilex la.praktikum je pon" haha!!aku pon x caya aku nervous sampai mcm tu sekali. abis menggeletar suara aku time lapor diri ngan GPK 1 tu. bincang punya bincang dengan GPK 1 and Ketua Panitia Maths, Pn Hamijah, akhirnya aku dapat 2 kelas iaitu 4 Pahlawan dan 5 Perwira. kitaorg start ngajar ari rabu. so, 2 ari iaitu isnin n selasa sempat la kitaorg carik angin kat skola tu dulu. even cikgu lagi ada sket je, tapi kitaorg enjoy. banyak pengalaman manis and pahit yg aku lalui semasa praktikum ni. akan ku sambung di episod seterusnya...

Monday, April 5, 2010

PISMP


PISMP(Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan), itulah program yg telah Kementerian Pelajaran serapkan setelah aku gagal dalam Program Pelajar Cemerlang tu. kalo nak cakap kena buang mcm kasar lak tapi dalam surat yg aku dapat ckp 'you're being terminated' sama je la kan dgn kena buang. sedih2. tapi nak wat mcm mana.dah kementerian tak nak lepaskan.parents aku cakap ada hikmahnya tu long. huhu...bersyukur aku dapat parents yg caring. diaorg tak marah pun even aku x lepas coz aku dah penah ckp awl2 kat diaorg further maths memang sgt susah.kalo bole diundur masa, memang aku akan amek back up subjek and just blaja je further maths tu mcm raf wat.

PISMP ni program selama 5 tahun setengah tapi sebab aku ni special case ala2 special force la so, aku x yah la wat foundation setahun setengah tu. terus je masuk degree. hasilnya, aku bertemu dengan classmates baru dan rakan2 baru. PISMP Matematik atau lebih dikenali sebagai bacarian terdiri daripada 12 guys and 10 girls so pas aku masuk, guys jadik la 13. girls pun menjadi rambang mata untuk memilih guys sebagai future husband diaorg. tu pon kalo guys sudi la.haha!!!for me, class ni memang sgt enjoy and very attractive. mcm2 perangai ada. kelas aku ni jugak dgn pelbagai rekod dalam institut. raja job ada, raja krek ada, raja mc ada, ydp jpp ada, exco2 jpp ada, exco2 surau pun ramai. aku???aku mcm biasa la still low profile.anyway, there are 3 sems more to go and after that kita semua akan berposting sama2 bacarians. so, let's enjoy time yg tinggal ni bersama2..

Friday, April 2, 2010

Program Pelajar Cemerlang


Program Pelajar Cemerlang atau short formnya ialah PPC.di sinilah aku mula menceburkan diri dalam kos perguruan.tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak nampak di mana-mana.hehe.. tu lah ungkapan yg terlintas dlm fikiran aku bila dah masuk matrik,tiba2 aku dpt call dari Kementerian Pelajaran yg aku ditawarkan dalam program ni. foundation 2 tahun di Kolej Yayasan UEM dan kemudian 3 tahun degree di United Kingdom selama 3 tahun diikuti dgn KPLI selama setahun di Institut Perguruan. setelah menerima nasihat dari ahli keluarga,aku pun menerima tawaran ini. kursus yg telah ditawarkan pada aku ialah BSc Hons Mathematics. Terdapat banyak kisah manis dan pahit selama aku di KYUEM. thanks to all my friends. I really enjoy myself during my two years there. tapi aku menerima result final exam aku dgn redha.even pada mulanya agak sukar dan pedih kerana aku hanya mendapat 9/15 points. aku telah mendapat 2 tawaran dari universiti iaitu University of Kent and University of Swansea. tapi nak wat mcm mana. Kementerian tidak melepaskan untuk aku melanjutkan pelajaran ke sana. time tu memang sangat sedih dan sakit hati ini. tapi sapa suruh aku main2 time wat foundation tu. nak menyesal pun dah terlambat. slowly, i can accept this thing. finally, on January 2008, I entered Institut Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru to further my studies as a teacher trainee. it is not PPC anymore but it is PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan). I'll be here for 4 years and pejam celik, pejam celik dah 3 tahun aku kat sini. aku semakin dapat rasakan jiwa dan ragaku semakin sebati untuk bergelar sebagai seorang guru.

Thursday, April 1, 2010

Teacher

Hari ni aku nak story pasal macam mana aku boleh terjebak dengan perguruan ni. to be truth, tak p[ernah terlintas pun dalam kepala otak aku ni nak jadi cikgu since primary school. time kat secondary school lagi la, nak jadi engineer la, doktor la, ahli farmasi la. budak sekolah sains la katakan.haha!tapi tu semua cerita zaman sekolah je. bila result spm kuar, mcm2 la aku mohon. engineering(utp), farmasi(jpa ngan upu), matrikulasi dan macam2 lagi la. pastu ayah and ibu aku yg merupakan warga pendidik menyarankan aku untuk memohon perguruan. aku pun ok je la coz nak jaga hati diaorg tapi pastu sijil2 semua kat tak pos kat kementerian pelajaran. alhamdulillah semua aku dapat pegi interview termasuk kos perguruan yg aku tak antar sijil ni.yg paling musykil skali, perguruan yg aku pegi interview ni untuk program pelajar cemerlang.walhal aku tak cemerlang pun.inilah mukadimah 1st step aku boleh terlibat dgn kancah perguruan ni.ada kelapangan, aku sambung lagi la.ngantuk plak dah.

Kehidupanku

Akhirnya mindaku telah terbuka to create a blog. I don't know what to write in this blog. This is my first entry. Every day I will read someone's blog and I can feel the excitement and enjoyment. Hopefully, the viewers also feel the same too when reading my blog. This blog is about my life. I want to share what I've get through in my life. Enjoy!